Khamis, 24 November 2011

Hadis Hari Ini

Hadhrat Ya’la bin Syaddad Radhiyallahu ‘anhu menceritakan suatu peristiwa yang dibenarkan oleh Hadhrat ‘Ubadah Radhiyallahu ’anhu, katanya bahawa sekali kami berada di dalam masjid Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan tak semena-mena Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu‘Alaihi Wasallam bertanya, “Di antara kamu ini adakah seseorang yang bukan orang Islam?” Kami menyahut, “Tidak, Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.” Lalu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruhkami menutup pintu kemudian Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Angkatlah tangan-tanganmu dan ucapkan LA
ILAHA ILLA ALLAH.” Maka kami pun mengangkat tangan-tangan kami dan mengucapkan LA ILAHA ILLA ALLAH.” Lantas Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Wahai Tuhan sesungguhnya Engkau mengutuskanku dengan kalimah ini. Engkau telah janjikan Syurga dengan kalimah ini dan Engkau tidaklah memungkiri janji.” Seterusnya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada kami, “Gembiralah kamu kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah mengampuni kamu sekelian.”

[ Riwayat Ahmad, At-Tabarani, Al-Hakim, Az-Zahabi dan Al-Bazar ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan