Jumaat, 27 Mei 2011

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah dan Rasulullah. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.


Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah?

Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.

Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:



1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).



2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).



3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).



4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).



5.”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).



6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).



7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).



8.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).



Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:



1. Memperolehi selawat dari Allah.



2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.



3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.



4. Menghapuskan dosa.



5. Mendapat pertolongan



6. Tercapai keperluan hidup.



7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.



8. Memperolehi nur zahir dan batin.



9. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.



10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.



Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.

Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah

Sumber : Pondok Pasir Tumboh Worpress

Selasa, 17 Mei 2011

DOA SEMBAHYANG SUNAT DHUHA

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .

Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya waktu Dhuha ini adalah milkikMu, Seri cahayanya adalah seri cahayaMu, Keindahannya adalah keindahanMu, Kekuatannya adalah kekuatanMu, Pemeliharaannya adalah pemeliharaanMu; Ya Allah, ya Tuhanku, sekiranya rezekiku berada di langit maka turunkanlah ia, Sekiranya berada di dalam bumi maka keluarkanlah ia, Sekiranya sukar diperolehi maka permudahkanlah ia, Sekiranya berada jauh maka dekatkanlah ia, Sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah ia dan berkatilahnya; Demi keberkatan dan hakikat DhuhaMu, seri cahayaMu, keindahanMu, kekuatanMu dan pemeliharaanMu, Berilah kepada ku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Wahai Tuhan sekalian alam. Salam sejahtera untuk junjungan kita Muhammad, juga untuk keluarga dan sahabat baginda.



Khamis, 12 Mei 2011

Selawat Tajrifiyah

اللَّهُمَّ صَلِّى صَلَوتًا كَامِلَة، وسَلِّمْ سَلاًمًا تَامًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَد، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَب، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِج، وَتُنَالُ بهِ الرَّغَائِب، وَحُسْنُ الْخَوَاتِم، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيم، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِي كُلِ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَك.

Selawat Fateh

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِ نَا مُحَمَّدٍالفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ, وَالخَاتِمِ لِمَاسَبَقَ, نَاصِرِ الْحَقَّ بِالْحَقَّ, وَالهَادِيْ اِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ , وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ العَظِيْمِ  

Selasa, 10 Mei 2011

Amalan Ya Khobir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

يَا خَبِيْرُ أَنْتَ الَّذِىْ أَخْبَرْتَ أَوْلِيَائِكَ بِمَا أَسْرَرْتَ فِىْ أَسْرَارِ عُقُوْلِ أَنْبِيَائِكَ وَلاَ تَعْزُبُ عَنْكَ الْأَخْبَارُ الْبَاطِنَةُ وَلاَ الْأَثَآرُ الْكَامِنَةُ وَلاَ اْلأَحْوَالُ الـمَصُوْنَةُ, وَلاَ يَـجْرِىْ فِىْ مَلَكُوْتِ مُلْكِكَ شَيْءٌ خَفِىُّ عَنْكَ اَقْدَارُهُ وَلاَ تَتَحَرَّكُ ذَرَّةٌ فِىْ سَكِيْنَةٍ سَاكِنٍ وَلاَ تَسْكُنُ خَرْدَلَةٌ فِىْ سَفِيْنَةٍ مُتَحَرِّكٍ اِلاَّ وَأَنْتَ عَالِـمٌ بِظَوَاهِرِهِ وَسِرِّهِ وَجَهْرِهِ وَأَوَّلِهِ وَآخِرِهِ لَكَ خَيْرُهُ, وَلِمَنْ تُرِيْدُ بِذَلِكَ أَمْرُهُ أَسْئَلُكَ اللَّهُمَّ بِسِرِّ جَبَرُوْتِكَ النَّازِلَةِ فِىْ قُلُوْبِ الأَبْرَارِ وَالأَخْبَارِ وَبِخَطِيْرِ قُوَّتِكَ الظَّاهِرَةِ فِىْ عُقُوْلِ أَهْلِ الأَسْرَارِ وَالأَنْوَارِ أَنْ تَجْعَلَنِيْ بِجَمِيْلِ اِخْتِيَارِكَ, عَالِمًا بِمَا يَجْرِىْ فِىْ قَلْبِىْ وَ رُوْحِىْ مِنْ فُنُوْنِ أَسْرَارِكَ وَمُقْتَبِسًا بِجَوْهَرِى مِنْ مِشْكَاةِ أَنْوَارِكَ يَا مَنْ اِلَيْهِ مَعَادِىْ وَمِنْكَ كَشْفِ مَرَاتِبِ الأَنْبِيَاءِ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ يَا خَبِيْرُ.



“Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani, wahai Tuhan yang maha Tahu, Engkaulah Tuhan yang mengkhabarkan kepada para wali Engkau dengan segala rahsia Engkau pada rahsia-rahsia yang ada pada fikiran para wali Engkau bahwa tidak akan Engakau jauhkan dari mereka berita-berita bathin (ilmu laduni), tidak juga bekas-bekas yang jauh dari pandangan mata, tidak juga ahwal yang dijaga, dan tidak berlaku sesuatu dalam Kerajaan Alam Malakut Engkau yang terlindung dari pengetahuan Engkau, yang Engkau taqdirkan, tidak bergerak satu habuk pun di sebuah bilik yang di diami atau yang tidak didiami dalam sebuah kapal yang bergerak melainkan engkau mengetahui zahir dan rahsianya, kadarnya, mulanya dan akhirnya, Engkau sahajalah mengetahui kebaikannya bagi sesiapa yang engkau berkehendak dengan demikian itu pekerjaanya, aku memohon denganmu ya Allah dengan rahsia kemegahan Engkau yang diturunkan kedalam hati orang–orang yang terpilih dan orang-orang yang Engkau berikan pengetahuan, dengan kekuatan lintasan hati yang zahir pada mata hati ahli-ahli Asrar dan ahli-ahli Anwar bahwa menjadikan daku dengan seelok-elok pilihan Engkau mengetaui sebagai mengetahui dengan perkara yang terlintas dalam hatiku dan ruhku dari pengetahuan rahsia Engkau dan berikanlah cahaya pada permataku yang tempat suluhan Anwar Engkau, wahai Tuhan yang kepadanya kembali aku dan dari engkaulah jua kasyaf segala Nabi-Nabi, wahai Tuhan yang mentadbir alam, wahai Tuhan yang maha Tahu”.












Penghulu Istifar



اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي لَااِلَهَ اِلَّا اَنْتَ , خَلَقْتَنِي وَاَنَا عَبْدِكَ وَاَنَ عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ, اَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتَ أَبُوْءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ, وَأَبُوْ ءُلَكَ بِذَنْبِي, فَاغْفِرْلِي فَاِنَّهُ لَايَغْفِرُ الذُّنُوْبِ اِلَّا أَنْتَ

Selawat Syifa


بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِـهَا وَعَافِيَةِ الأَبْدَنِ وَشِفَا ئِـهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِـهَا وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّـمَ



Selawat Azimiah



اَللّهُمَّ اِنِّيْ أَسْاَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ الَّذِي مَلأ أَرْكانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ وَقَاْمَتْ بِهِ عَوَاْلِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ أَنْ تُصَلِّىَ عَلَى مَوْلانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاْتِ اللهِ الْعَظِيْمِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا فِيْ عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ صَلاةً دَاْئِمَةً بِدَوَاْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيْمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَاجْعَلْهُ يَارَبِّ رُوْحًا لِذَاْتِىْ مِنْ جَمِيْعِ الْوُجُوْهِ فِى الدُّنْيَا قَبْلَ الأخِرَةِ يَا عَظِيْمُ

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan Nur Wajah Allah yang Maha Besar, yang memenuhi segala penjuru ‘Arasy Allah Yang Besar, dan dengannya berdiri seluruh alam Allah yang Agung. Moga Engkau berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W yang mempunyai martabat yang agung dan ke atas keluarga Nabi Allah Yang Besar, dengan kadar kebesaran Zat Allah Yang Maha Besar, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah Yag Maha Besar, dengan selawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah Yang Maha Besar, Penghormatan bagi Engkau wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang besar (indah). Salam kesejahteraan daripadaMu ke atas keluarganya seperti yang demikian itu juga. Himpunkanlah di antara aku dan dia (Nabi Muhammad S.A.W ) sebagaimana Engkau menghimpunkan antara roh dan jasad, zahir dan batin sama ada ketika sedar atau tidur. Jadikanlah dia (Nabi Muhammad S.A.W ) wahai Tuhanku, roh bagi zatku daripada sekalian wajah (keadaan) di dalam dunia ini sebelum hari akhirat, wahai Allah yang Maha Besar.

















Penolak Sihir

Ayat  ini dibaca 3 atau 7 kali


بسم الله الرحمن الرحيم.قَالَ مُوْسَى مَاجِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ اِنَّ اللهَ سَيـُبْطِلُهُ اِنَّ اللهَ لاَيُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِيْنَ



Isnin, 9 Mei 2011

Zikir dan Doa Selepas Solat Sunat Subuh - Makrifatullah

Dibaca selepas solat sunat Subuh 40 kali


يَاحَىُّ يَاقَـيُّوْم لاَاِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ

Dan dibaca doa ini

يَا حَيُّ يَا قَيـُّوْمُ يَا بَدِيْعُ السَّمَوَاتِ وَالاَرْضِ يَا ذَاالْـجَلاَلِ وَالاِكْرَامِ يَا الله لاَاِلَهَ اِلاَّاَنْتَ أَسْأَلُكَ أَنْ تُـحْيِىَ قَلْبِىْ بِـمَعْرِفَتِكَ يَا الله يَا الله يَا الله يَااَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ







Doa Belas Kasih


Dibaca 3 atau 7 atau 33 selepas solat fardu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَللَّهُمَّ اَنْتَ الْجَلِيْلُ الْكَبِيْرُ وَاَنَا عَبْدُكَ الْضَعِيْفُ الْذَ لِيْلُ الَّذِى لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِكَ. اَللَّهُمَّ سَحَّرْلِيْ قُلُوْبَ الْمَخْلُوْقَاتِ كَمَاسَخَّرْتَ الْبَحْرَ لِسَيِّدِنَا مُوْسَى عَلَيْهِ السَّلاَمَ. اَللَّهُمَّ لِيِّنْ لِىْ قُلُوْبَ الْمَخْلُوْقَاتِ كَمَا لَيَّنَتْ الحَدِيْدَ لِسَيِّدِنَا دَأُوْدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ.

Ahad, 8 Mei 2011

Doa Nurun Nubuwah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَللَّهُمَّ ذِى السُّلْطَانِ الْعَظِيْمِ . وَذِى الْمَنِّ الْقَدِيْمِ. وَذِىْ الْوَجْهِ الْكَرِيْمِ.وَوَلِىِّ الْكَلِمَاتِ التَّامَّاتِ وَالدَّعَوَاتِ الْمُسْتَجَابَةِ عَاقِلِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ مِنْ اَنْفُسِ الْحَقِّ عَيْنِ الْقُدْرَةِ وَالنَّاظِرِيْنَ وَعَيْنِ اْلإِنْسِ وَالْجِنِّ وَاِنْ يَكَادُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْالَيُزْلِقُوْنَكَ بِاَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوْا الَّذِكْرَوَيَقُوْلُوْنَ اِنَّهُ لَمَجْنُوْنٌ. وَمَاهُوَاِلاَّذِكْرٌ لِلْعَا لَمِيْنَ. وَ مُسْتَجَا بُ لُقْمَانِ الْحَكِيْمِ. وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُدَعَلَيْهِمَا السَّلاَمُ الْوَدُوْدُذُوْ الْعَرْشِ الْمَجِيْدِ. طَوِّلْ عُمْرِىْ وَصَحِّحْ اَ جْسَا دِىْ وَاقْضِ حَاجَتِىْ وَاَكْثِرْ اَمْوَالِىْ وَاَوْ لاَدِىْ وَحَبِّبْ لِلنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ وَتَبَا عَدِ الْعَدَا وَةَكُلَّهَا مِنْ بَنِىْ اَدَمَ عَلَيْهِ اْلسَّلاَمُ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَ الْكَافِرِيْنَ وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ اِنَّ الْبَا طِلَ كَانَ زَهُوْقًّا. وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْاَنِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. وَلاَيَزِيْدُ الظَّالِمِيْنَ اِلاَّخَسَارًا.سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْ سَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Makna

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Alwadud (Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih) ………………(sebutkan hajat di hati kepada Allah) yang memiliki singgasana yang Maha Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku (pengikutku), cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup (dihatinya) dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”





بسم الله 6

Amalan Bismillah Enam


بِسْمِ اللهِ السَّمِيْعِ الْبَصِيْرِ الَّذِىْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمِ.بِسْمِ اللهِ الخَلاَقِ الْعَلِيْمِ الَّذِىْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ الْفَتَّاحُ الْعَلِيْمِ.بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ الْعَلِيْمُ الْخَبِيْرُ.بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ الْعَلِيْمُ الْقَدِيْرُ.بِسْمِ اللهِ الْعَزِيْزِ الْكَرِيْمِ الَّذِيْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ الْعَزِيْزِ الْكَرِيْمِ.بِسْمِ اللهِ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ الَّذِىْ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ.فَا للهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ اَرْحَمُ الرَّحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَبِهِ وَسَلَّمَ

Ini syarah doa nabi saw barang siapa membaca doa ini dengan ikhlas dan yakin hati kepada Allah taala nescaya diperkenankan barang pintanya dan diluaskan rezekinya dan jika dibaca ditiup kepada perempuan nescaya kasih ia akan dia dan sayidina Ali takkala perang kafir habis pecah segala tentera maka maka aku tiada pecah . Kata sayidina Usman takkala lupa Quran maka aku baca doa ini diterangkan Allah taala hati ku dengan berkat doa ini dan barang siapa membaca doa ini dijauhkan daripadanya akan segala penyakit . Dan siapa mebaca doa ini tiap-tiap hari 70 kali nescaya dijauhkan dari bahaya raja-raja atau menteri dan orang besar daripada membunuhnya dan barang siapa hendak melihat malaikat atau jin atau syaitan dibaca doa ini pada tempat yang suci nescaya melihat akan dia berkat doa ini. Dan jika hendak melihat orang di dalam kubur dibaca pada kubur di malam Jumaat dua puluh kali nescaya melihat akan dia dan malaikat pun melihat akan orang yang membaca doa ini. Dan binatang buas tiada m emberi mudhorat akan orang yang membaca doa ini. Dan jika hendak tawar air laut maka dibaca doa ini direndamkan kaki ke dalam nya nescaya tawar dia. Dan jika hendak dibunuh orang dibaca doa ini dan ditiupkan kepadanya nescaya dilepaskan Allah taala. Dan harta pun dianugerahkan dia . Dan jika padi dimakan tikus nescaya tiada dimakan nya.Dan jika dibaca doa ini tiada ditemukan seteru dan bahaya dan jika karam dihantarkan dia kedaratan dan jika perempuan hendak beranak dibaca akan dia pada minyak tiga kali pada malam Jumaat diberiminum akan dia nescaya segera beranak dengan izin Allah taala. Jika hamba lari dibaca doa ini pada batu asahan dibubuh asap api tujuh hari nescaya ia segera dating dan jika benda hilang dibaca doa ini pada barang apa kehendak maka maka dibubuh pada air tiga hari atau tujuh hari segera dapatnya. Dan jika orang tuli dibaca pada telinga yang kanan 7 nescaya mendengar ia. Dan jika orang gila atau masuk hantu/syaitan dibaca pada telingannya 3 kali nescaya larilah syaitannya. Dan jika dibaca pada benda yang bisa nescaya tawar bisanya . dan jikalau orang kena penjara baca doa ini nescaya lepaslah ia. Inilah syarah yang dibawa oleh Jibrail kepada Rasulullah saw.

Sumber : Kitab Lumatul Aurad